Inilah cenderahati untuk para tetamu yang menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda angkat kepada Sultan Brunei dan Raja Isteri iaitu Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas'udah binti Abdullah. Majlis Perkahwinan diadakan semalam di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel and Country Club, Bandar Seri Bagawan. Majlis Berbedak diadakan pada 02 November 2013 Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel, Bandar Seri Bagawan manakala Majlis Menerima Tanda Pertunangan dan Akad Nikah diadakan pada 01 November 2013 di Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel, Bandar Seri Bagawan bagi Dayang Mas'udah dan 31 Oktober 2013 bagi Dayang Dhau'iyyah.
Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah bertemu jodoh dengan pasangannya Awangku Abu Bakaruddin Shah Dinny bin Pengiran Haji Kamaruddin manakala Dayang Mas'udah binti Abdullah telah diijab kabulkan dengan pasangannya Awangku Haji Muhammad Ali-Yusrin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sani.
bestnyeee jadi angkat angkat Sultan :)
ReplyDelete