Raja Temenggong Tun Daeng Ibrahim
09 Oktober
2013, Rabu :-
Pemerintah Kerajaan
Johor, Raja Temenggong Tun Daeng Ibrahim buat pertama kalinya telah mengeluarkan
Surat Sungai yang merupakan surat untuk memberi kebenaran kepada orang Cina untuk
menjalankan aktiviti pertanian di Johor pada 1844. Surat pertama ini
dikeluarkan kepada seorang pekebun Cina bernama Lau Ling Keng pada 09 Oktober 1844. Dengan ini bermulalah penghijrahan orang-orang
Cina dari Singapura ke Johor dan
bermulanya penanaman lada hitam dan gambir secara komersial di Tanah Melayu.
Penanaman gambir dan lada hitam berkembang dengan pesat bermula 1844 hingga
1860an di Johor. Pada tahun 1862 sebanyak 37 Surat Sungai telah dikeluarkan dan
pada masa itu terdapat seramai 30,000 orang petani Cina di Johor.
Dalam surat
berkenaan dinyatakan :-
'Ungku Temenggong Seri Maharaja'
memberi surat tanda keterangan kepada orang Cina yang hendak berkebun itu juga
dalam tanah Johor. Di dalam Surat Sungai itu juga dijelaskan bahawa Tuan Sungai
mesti membayar cukai kepada Ungku Temenggong. Kegagalan untuk berbuat demikian
selama tiga tahun, Tuan Sungai tersebut akan menerima denda yang berat.
Dengan adanya dokumen-dokumen
seperti ini memperlihatkan perubahan dari segi sistem pentadbiran tradisional Negeri-Negeri
Melayu di abad ke-19 menuju kearah kemodenan.
Sumber :- Arkib Negara Malaysia / Wikipedia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.