Semalam Timbalan
Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan
berangkat ke Majlis Syarahan Memorial Sultan Omar ‘Ali Saifuddien 2013. Turut berangkat
dalam majlis ini adalah Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah (YSHHB dan Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji
Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian
Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Majlis
ini yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Barakas ini dihadiri
lebih daripada 3,000 peserta yang
terdiri daripada anggota-anggota dari
pelbagai sektor awam, swasta, persatuan-persatuan dan individu persorangan.
Ceramah disampaikan oleh bekas Perdana Meteri Republik Korea Dr. Han Seung-soo. Dalam syarahannya beliau menyatakan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien sebagai seorang Raja yang hebat kerana dapat memodenkan Brunei dan mempertahankan system pemerintahan Beraja dinegara berkenaan. Menurut beliau lagi, Al-Marhum merupakan seorang yang berpandangan jauh dan menjadi inspirasi kepada Negara-negara membangun terutamanya berkenaan rancangan kemajuan negara jangka panjang sekitar tahun 1950. Beliau juga amat mengagumi Brunei yang telah mendahului Republik Korea dalam membuat perancangan jangka panjang yang secara tidak langsung memperlihatkan kewibawaan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien terhadap kebajikan dan hal ehwal rakyatnya.
Sumber
:- Pelita Brunei.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.