02 September 2013, Isnin :-
Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun serta rombongan telah berangkat ke Bangkok, Thailand untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula hari ini. KDYMM Tuanku Abdul Halim telah berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormat Utama sebelum berangkat menaiki pesawat melalui Komplek Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA.
Turut mengucapkan selamat jalan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda berdua adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Lawatan kali ini merupakan lawatan rasmi kali ketiga baginda ke negara Asean semenjak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 11 April 2012. Pada tahun lepas baginda melakukan lawatan rasmi negara ke Indonesia dan Brunei.
Syah doakan agar KDYMM Seri Paduka Baginda Berdua dan rombongan selamat berangkat ke Bangkok dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya serta dipermudahkan segala urusan. Amin
Syah doakan agar KDYMM Seri Paduka Baginda Berdua dan rombongan selamat berangkat ke Bangkok dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya serta dipermudahkan segala urusan. Amin
Sumber :- Bernama / Borneo Post
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.