10 september 2013, Selasa :-
Pada 10 September 1955, Paduka Seri Sultan Yussuff Izzuddin Shah (Marhum Ghafarullah), Sultan Perak ke-32 telah berkenan mencemar duli merasmikan Jambatan Nurudin. Jambatan sepanjang 238.40 meter dengan kelebaran 3.30meter ini dibina merentasi Sungai Perak untuk menghubungkan mukim Belanja yang terletak kira-kira 18 batu ke Selatan Kuala Kangsar. Sultan Yussuff berkenan menamakan jambatan ini sebagai Jambatan Nurudin bagi mengenang jasa Dato' Setia Nurudin dalam menangani banjir besar yang berlaku pada tahun 1926. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Kerja Raya, Encik Saadon bin Zubir,Menteri Besar Perak, Dato Panglima Bukit Gantang dan Penasihat British. Dengan adanya jambatan ini telah memberi kemudahan untuk rakyat menyeberangi Sungai Perak disamping mengingati jasa dan sumbangan Dato' Setia Nurudin.
Sumber :- Hari Ini Dalam Sejarah/Perak Historical Crew
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteApa jua nama asalnya, kami orang Perak panggilnya jambatan Nordin.
ReplyDeleteAsalnya jmbtn tu konkrit berturap mcm jambtan biasa tetapi telah roboh ditolak kayu balak yg hanyut masa musim banjir.
Slps itu, dibina jmbtn kayu spt dlm gmbr dlm blog syah tu.
Sy kerap guna jmbatan kayu tu utk ke rumah arwah opah. Tp skrg tlh dibina jmbtan konkrit yg baru.
Yg uniknya jmbatan kayu dulu tu, apabila tiba musim banjir, jmbtn itu akan ditarik ke darat utk mengelakkn roboh dilanggar balak.
Kemudian bila cuaca dh ok, akan disambungkan semula.
Hanya satu laluan (one way) shj pd masa tu, ada lampu isyarat. Oleh itu, perlu tunggu turn untuk menyeberang sg. Apabila berada di atas jambatan, bunyi nya sgt bising. Sampai sekarang sy masih ingat bunyinya.
Apabila jmbatan konkrit baru dibina, sebahagian jmbtn kayu tu dibawa ke batu gajah utk menghubungkan kg.pisang dgn kg.seri jaya merentasi sg.raya, sebahagiannya di Kellie’s Castle merentasi sg.raya juga dan sebahagiannya di tempat lain.
kalau masa kecil2 dulu, nak balik ke kampung dari KL ke Manong mesti lalu jambatan ni. dah la lalu waktu malam rase seram jer sebab gelap.biasanya semua adik beradik tido dan kalau lalu jambatan ni mesti semua terbangun dan akan segar sebab bunyinya yg bising dan lagi satu.. jambatan ni jadi tanda buat kami bahawa dah nak dekat sampai rumah opah..
ReplyDelete