09 September 2013, Isnin :-
Dua minggu yang lepas Syah singgah ke Centeral Market atau CM dalam perjalanan ke rumah adinda Syah di Selayang. Dah lama tak jalan-jalan di CM dan sudah terlanjur kesini Syah pusing-pusing sekejap sebelum ke Leboh Pasar untuk ambil bas ke Selayang. Tiba-tiba Syah terpandang sebuah kedai, KOTA PINANG yang merupakan sebuah kedai menjual barang antik dan lama. Penglihatan Syah tertumpu kearah sebuah katil bayi yang dijual dikedai ini. Rupa-rupanya ini adalah katil bayi yang digunakan oleh Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-10 sewaktu baginda masih bayi. Katil ini dibuat daripada besi tempawan dengan gaya Moris yang biasanya rekaan sekitar 1881. Almarhum diputerakan pada 19 Julai 1922. Bantal dan tilam serta fabrik yang ada pada katil ini merupakan material yang asli digunakan oleh Almarhum ketika itu.
Almarhum Tuanku Jaafar
Syah bertanya kepada Uncle penjaga kedai, mungkin tuan punya kedai berkenaan harga katil ini. Dia maklumkan kepada Syah, Muzium Negeri Sembilan ada membuat pertanyaan berhubung harga katil ini dan beliau telah menghantar sebutharga kepada pihak muzium dengan harga RM150,000.00. Dia maklumkan kepada Syah,walaupun sebutharga telah diberi kepada pihak muzium tetapi sesiap sahaja yang ingin membeli katil ini dia akan jual atas dasar "first come first served".
Almarhum Tuanku Jaafar ketika masih kecil
Sumber :-Kota Pinang / MBS
wah...menarik ni..bahan sejarah ni..
ReplyDeleteTerima Kasih Rozita
ReplyDeletebesarnye katil
ReplyDelete