Ini adalah potrait Almarhumah Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid yang merupakan isteri pertama Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor kedua Era Moden (1895-1959) dan juga merupakan bonda kepada Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ketiga Era Moden (1959-1981). Dilahirkan pada 15 November 1876 dan merupakan puteri kepada Ungku Abdul Majid bin Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim dari isteri keduanya yang berbangsa cina dari Singapura iaitu Amina binti Abdullah. Amina merupakan adik kepada Sultanah Fatimah yang merupakan salah seorang isteri Almarhum Sultan Abu Bakar.
Almarhumah berkahwin dengan Sultan Ibrahim pada 05 Oktober 1892 ketika berusia dalam lingkungan 16 tahun di Istana Tyersall, Tangling, Singapura. Hasil daripada perkahwinan ini Almarhumah dikurniakan seorang putera. Almarhumah mangkat pada 02 November 1909 dalam usia 33 tahun di Istana Pasir Pelangi yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor sekarang. Jenazah Almarhumah telah dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. Almarhumah dikurniakan gelaran Tunku Ampuan Besar pada 21 September 1893 dan kemudiannya menggunakan gelaran Sultanah pada 02 November 1895 apabila paduka suami baginda ditabalkan sebagai Sultan Johor.
Al-Fatihah ......... Semuga rohnya Almarhumah Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Kesultanan Johor / The Royalark / Radin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.