06 Ogos 2013, Selasa :-
Cubaan untuk merampas Istana Negara awal pagi semalam dapat
dipatahkan oleh pihak berkuasa dengan
penahanan 10 individu yang mengelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam
dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara. Insiden ini berlaku pada jam 04:10hrs,
05 Ogos 2013 dihadapan pintu 1, Istana Negara dimana mereka mendakwa sebagai pewaris sah Yang di-Pertuan
Agong dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara. Mereka yang menggunakan
tiga buah kenderaan dan berpakaian serba hitam terdiri daripada lapan lelaki
dan dua wanita berumur diantara 11 hingga 50 tahun ini turut membawa 13 helai
bendera bertulisan kalimah tauhid serta beberapa helai Watikah Bai’ah atau
perjanjian untuk taat. Baru-baru ini seorang
daripada anggota kumpulan ini mendakwa dirinya sebagai Raja Nusantara Kumpulan
Empayar Langkasuka dalam laman social Facebook miliknya. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Pemuda
Bani Tamin yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahadi.
Kesemua suspek termasuk kenderaan berkenaan telah dibawa ke Balai
Polis Jalan Travers untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan pihak polis mendapati
mereka ini berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor melalui kad pengenalan
masing-masing. Ada juga diantara mereka
tiada membawa sebarang pengenalan diri. Tiada sebarang senjata dijumpai pada
suspek atau didalam kenderaan berkenaan. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah
Brickfields, Supritendan Aida Abdul Hamid memaklumkan bahawa siasatan akan
dijalankan mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa
Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri dan jika sabit kesalahan
boleh dihukum penjara seumur hidup atau dikenakan denda.
Sumber :- Bernama / nescafeais.com
err budak berumur 11 tahun pun ada ikut? aigoo...
ReplyDelete