05 Julai 2013, Jumaat :-
Tengahari tadi Syah Solat Jumaat di Masjid Negara di Jalan Perdana, Kuala Lumpur dan kebetulan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Solat Jumaat disana. Tapi hari ini agak pelik kerana Syah lihat tiada hamparan permaidani merah seperti kebiasaannya. Disebabkan tiada hamparan permaidani merah kebanyakan jemaah mungkin tidak perasaan kehadiran Tuanku Abdul Halim kecuali mereka yang berada di saf hadapan. Syah lihat Tuanku dan rombongan berjalan keluar dengan seorang dua jemmah sahaja bersalaman dengan Tuanku dibahagian luar masjid tidak seperti kebiasaannya ramai yang beratur dihamparan permaidani merah menunggu Tuanku untuk bersalaman. Di satu sudut yang lain pula orang ramai berkerumun dan bersalaman dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bergambar dengan Tun. Lebih ramai yang mengerumuni Tun daripada Tuanku Abdul Halim. Syah cuba menghubungi PR Masjid Negara tetapi beliau tidak dapat dihubungi.
Gambar ini Syah ambil pada 31 Mei lepas sewaktu keberangkatan pulang Tuanku Abdul Halim setelah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara. Lihat betapa ramai orang beratur dikiri dan kanan hamparan permaidani merah untuk bersalaman dengan Tuanku Abdul Halim berbanding gambar diatas.
Update :-
Jam 16:31hrs tadi Syah dapat bercakap dengan PR Masjid Negara dan Syah dimaklumkan tiada hamparan karpet merah pada hari ini kerana keberangkatan Tuanku ke Masjid negara sebentar tadi bukan atas urusan rasmi sebagai contohnya keberangkatan baginda ke Masjid Negara sempena Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan seumpamanya. Sebab itulah tiada hamparan permaidani merah pada hari ini.
Update :-
Jam 16:31hrs tadi Syah dapat bercakap dengan PR Masjid Negara dan Syah dimaklumkan tiada hamparan karpet merah pada hari ini kerana keberangkatan Tuanku ke Masjid negara sebentar tadi bukan atas urusan rasmi sebagai contohnya keberangkatan baginda ke Masjid Negara sempena Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan seumpamanya. Sebab itulah tiada hamparan permaidani merah pada hari ini.
Sedihnya , lebih ramai orang nak melihat seorang ahli politik berbanding menghadap seorang Raja yang berdaulat lagi mulia. Kalau saya pergi sana saya sanggup tolak Dr M ketepi nak berebut salam dengan Tuanku.
ReplyDeleteini bkn soal politik,mungkin ramai yg x perasan kehadiran Tuanku.lg pun biasa Tuanku solat di saf hdpn. Tun mana2 pn dia solat x kira saf hadapan
DeleteYang berbaju merah dikiri itu Datuk Paduka MaharajaLela yang baru , Mejar Jeneral Dato Tajri Alwi ..
ReplyDelete