22 Julai 2013, Isnin :-
Semalam Raja
Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed
Putra Jamalullail telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Istana Arau,
Arau, Perlis. Dalam majlis ini Tuanku Raja Perlis telah meraikan lebih 200 orang
anak-anak yatim, orang kelainan upaya, saudara baru dan para penghuni rumah
kebajikan. Turut serta berangkat ke
majlis ini adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ; Raja Muda Perlis, Duli
Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin
Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis,
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.