28 Julai 2013, Ahad :-
Tengahari tadi Syah ke AmCorp Mall di Petaling Jaya, Selangor untuk melihat jualan barang-barang lama yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad di Shopping Complex berkenaan. Syah terjumpa pinggan kenang-kenangan sempena Pertabalan atau Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam . Dari tingkat bawah hingga tingkat atas pelbagai barangan lama dan baru ada dijual disini. Pinggan kenang-kenangan ini diperbuat daripada plastik berukuran lebih kurang 1 kaki tak silap Syah. Bila Syah tanya budak yang menjaga gerai tu mengenai harga pinggan tu, katanya dia tak tahu berapa harga sebenarnya kerana tuan punya gerai itu tak ada disitu. Syah pun beredar dari gerai berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.