Pada hari
Sabtu lepas bersamaan 13 Julai 2013, Universiti Islam Sultan Sharif Ali atau
UNISSA telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk Al-Marhum Sultan
Sharif Ali. Majlis diadakan di Makam
Al-Marhum Sultan Sharif Ali di Jalan Kota Batu, Bandar Seri Bagawan. Mereka
yang hadir ke majlis ini merupakan pegawai, tenaga pengajar dan kakitangan
UNISSA yang diketuai oleh Rektornya, Pengiran Anak Dr.
Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail. Majlis dimulai dengan bacaan Al Fatihah
diikuti bacaan Yasin yang dipimpin oleh Dr. Azme bin Haji Metal manakala bacaan
Tahlil dipimpin oleh Supri bin Haji Sudin.
Al-Marhum Sultan Sharif Ali merupakan Sultan Brunei ke-3 yang memerintah diantara tahun 1426 hingga 1432. Al-Marhum juga dikenali dengan panggilan Sultan Berkat dan merupakan Sultan Brunei yang pertama membina Masjid di Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Pelita Brunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.