Central Park West
13 Julai 2013, Sabtu :-
Baru-baru ini, isteri kepada seorang putera raja dari Arab Saudi telah di tahan atas tuduhan memperdagangkan manusia. Beliau yang dikenali sebagai Michele ditahan dikediamannya di Southern California Condominium di Central Park West atas tuduhan memaksa seorang wanita dari Canyon yang berusia 30 tahun sebagai hamba demostik (domestic slave). Mangsa mendakwa bekerja tujuh hari seminggu tanpa diberi cuti. Mangsa bekerja siang dan malam selama 16-17 jam sehari dan terpaksa menjalankan apa juga tugas yang diarahkan majikannya. Mangsa mula bekerja dengan majikannya semenjak 2012 di Arab Saudi dan kemudiannya pada awal tahun ini majikannya telah membawa mangsa ke USA tetapi enggan menyerahkan pasport mangsa kepada mangsa. Mangsa berjaya melarikan diri dari kediaman majikannya pada Selasa lepas 09 Julai 2013 dan telah membuat laporan polis.
Pihak polis memaklumkan bahawa Michele yang berusia 42 tahun mungkin akan menghadapi lebih banyak pertuduhan lagi apabila pasukan polis yang datang ke kediamannya mendapati ada empat orang pekerja Filipna yang pasport mereka juga disimpan oleh majkannya. Michele sekarang sedang ditahan dengan jaminan USD 5juta dan jika didapat bersalah, beliau akan berhadapan dengan hukuman penjara 12 tahun. Undang-undang tidak mengenal siapa kita apatah lagi kesalahan yang dilakukan itu berlaku di negara lain yang mempunyai undang-undang tersendiri.
Teringat Syah pepatah Melayu ada mengatakan jika masuk kandang kambing mengebik, masuk kandang kerbau menguak. Maksudnya, kita harus menyesuaikan diri atau ambil tahu adat istiadat tempat orang yang kita datangi itu. Mungkin apa yang kita lakukan boleh diterima ditempat kita tetapi tidak ditempat orang lain.
Sumber :- CNN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.