Wednesday, July 24, 2013

Kate Middleton Dan Bayi Diraja Keluar Dari Hospital St. Mary

24 Julai 2013, Rabu - 


Setelah melahirkan putera sulungnya yang juga merupakan pewaris ketiga tahta Britain pada 22 Julai 2013, HRH Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate Middleton akhirnya keluar dari Hospital St. Mary pada 23 Julai 2013 diiringi oleh suaminya HRH Prince William, Duke of Cambridge. Kedua-dua pasangan ini sempat bercakap dengan para wartawan yang berkumpul dihadapan Lindo Wing, Hospital St. Mary.


Prince William memaklumkan kepada para wartawan dan jurugambar bahawa beliau akan memaklumkan kepada anakandanya apabila dia besar nanti betapa sukar dan penatnya para wartawan dan jurugambar menunggu kelahiran Bayi Diraja dihadapan hospital berkenaan semenjak 01 Julai hingga 22 Julai 2013. Menjawab soalan berkenan rupa bayi diraja, William menjawab ibunya tetapi di balas oleh Kate sambil ketawa yang dia tak pasti bayi berkenaan mirip muka siapa.


Berkenaan nama George yang dikatakan akan diberikan pada bayi diraja, Prince William hampir tersedak mendengar soalan berkenaan dan menjawab "tunggu dan lihat nanti". Prince William juga telah memaklumkan kepada para wartawan bahawa dia telah menukar sendiri lampin bayi dirajanya. Selepas bercakap dengan para wartawan, pasangan diraja ini masuk semula kedalam hospital dan kemudiannya kelihatan mereka bersama bayi diraja berjalan keluar memasuki kenderaan.  Prince William memandu kenderaan berkenaan ke Istana Kensington dan Kate serta bayi diraja duduk dibahagian belakang kenderaan berkenaan.


Sumber :- Royal New Blog / Boston.com

3 comments:

  1. kali pertama memecah tradisi protokol diraja britain,berkongsi kisah peribadi dalam keadan bukan protokol dan mempamerkan bakal pewaris takhta tanpa didalam keadaan protokol

    lady diana memecah tradisi dengan mendedahkan kebanyakan tubuh badan, melanggari protokol diraja britain serta mempamerkan perasaan secara jelas dihadapan khalayak ramai juga sebahagian larangan protokol diraja britain

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Sudi Datang ke Blog Syah, Husam.

    ReplyDelete
  3. Suka sangat dgn pasangn diraja ni.. :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.