Tahniah diucapkan kepada His Royal Highnes Duke of Cambridge dan Her Royal Highness Duchess of Cambridge diatas kelahiran bayi sulung mereka. Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang Putera di Hospital St Mary, Paddington, London pada 22 Julai 2013 jam 16:24hrs waktu London lebih kurang jam 23:30hrs waktu Malaysia malam tadi. Ibu dan bayi dilaporkan dalam keadaan baik. Pewaris ketiga Tahta Britain itu dilahirkan dengan berat 8lbs 6oz atau 3.6 kilogram. Nama untuk putera sulung ini akan diumumkan dalam waktu terdekat dan akan menggunakan gelaran His Royal Highness ... Nama ... of Cambridge.
Duchess of Cambridge dimasukkan ke Lindo Wing di Hospital St Mary pada jam 05:30hrs semalam melalui pintu belakang hospital bagi mengelak daripada jurugambar/wartawan yang sememangnya telah bersiap sedia berkampung dihadapan pintu masuk Lindo Wing semenjak 01 Julai lagi. Beliau dibawa ke hospital oleh suaminya sendiri, Duke of Cambridge atau Prince William tanpa kenderaan polis pengiring.

Istana Kensington dalam kenyataan rasminya memaklumkan :-
"Her Royal Highness the Duchess of Cambridge was safely delivered a son at 4:24pm. The baby weighs 8lbs 6oz".
Manakala di Istana Buckingham pula, Setiausaha Akhbar kepada baginda Queen Elizabeth II telah meletakkan pengumuman rasmi mengenai kelahiran pewaris tahta ketiga Britain diperkarangan Istana Buckingham untuk tatapan umum.
Sumber :- Royal news blog/The Guardian/RoyaltyNu
tahniah! ^^
ReplyDelete