01 Jun 2013, Sabtu :-
Dengar khabarnya adinda kepada Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V akan berkahwin dengan anak saudara Sultan Brunei Darussalam. Istiadat pertunangan dilaporkan berlangsung sekitar April lepas dan Istiadat Perkahwinan akan diadakan pada akhir Jun ini. Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan anak saudara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam manakala Tengku Amalin A'ishah Putri merupakan puteri tunggal kepada bekas Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis. Syahpun tak dapat maklumat terperinci berhubung pertunangan ini kerana ianya diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh tetamu khas dan kerabat diraja sahaja. Syah dapat berita ini daripada salah seorang kerabat diraja Kelantan. Syah ada bertanya kepada kawan-kawan Syah di Brunei dan merekapun masih samar-samar berhubung perkara ini tetapi ada terdengar berita mengenainya. Begitu juga mereka yang berada di Kelantan banyak yang tidak mengetahui perkara ini. Jika berita ini benar (Wallahualam Bissawab) Syah doakan agar pasangan ini selamat diijab kabulkan dan dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat.
Inilah dia cincin yang dikatakan Cincin Pertunangan diantara Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.
thanks MBS kongsi pic barang tunang...pic pertunangan Tg Amalin dgn P.Qawi xde ker?? teringin nk tgk Tg Amalin masa bertunang tu...
ReplyDeleteSalam sdra Syah.. berita pertunangan ni mg 100% benar.. dah selamat dilangsungkan bln April baru ni di Istana Negeri,Kubang Kerian secara tertutup tanpa liputan media.. perkahwinan bakal berlangsung hujung Jun,dan mrk berdua bercinta bukannya pilihan keluarga.. Moga selamat diijab kabul..
ReplyDeleteSo pUteri nanti duduk kat Brunei ke Pengiran Muda duduk kat Kelantan?
ReplyDeleteyup.. sepanjang jalan dikelantan telah dipasang banner ucapan tahniah sempena perkahwinan diraja ini..
ReplyDeleteAda ternampak rombongan diraja di jalan kota bharu ahad lepas. Kereta mahal dan ada dua bas besar bwak org brunei (rasanya sb tudung diorang mcm brunei style).
ReplyDelete