03 Jun 2013, Isnin :-
Pada Malam Sabtu 01 Jun 2013 telah diadakan Istiadat Pertunangan dan Akad Nikah puteri kepada Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar bin Almarhum Raja Muda Musa. Istiadat diadakan di Istana Raja DiHilir Perak di Ipoh. Pada 03 Jun 2013 pula telah diadakan Majlis Persandingan dan Santapan ditempat dan waktu yang sama. Turut serta dalam majlis ini adalah KDYMM Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, KDYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Raja Perlis, DYMM Raja Perempuan Perlis, DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan serta Perdana Menteri Malaysia dan Isteri. Hari ini pula telah diadakan Istiadat Bersiram Sampat untuk pengantin Diraja. Air daripada tujuh kuala sungai Perak telah digunakan untuk Istiadat Mandi Sampat ini. Majlis bermula seawal jam 16:00hrs dengan Majlis Jamuan Teh. Lebih kurang jam 17:15hrs pengantin diraja diarak ke Panca Persada untuk Istiadat Bersiram Sampat. Upacara bercuak mengakhiri majlis ini lebih kurang jam 18:00hrs.
Upacara Bercuak atau dalam bahasa mudah untuk difahami "siram air kepada orang lain" :-)
waa untung la the guy jadi part of the royal family
ReplyDelete:-)
ReplyDeletei know this guy chris grant...
ReplyDelete