09 Jun 2013, Ahad :-
Her Royal Highness Princess Madeleine of Sweden telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya seorang rakyat biasa warga Amerika, Chris O'Neill semalam 08 Jun 2013 dalam satu istiadat yang berlangsung di Royal Chapel, Royal Palace of Stockholm. Majlis bermula jam 16:00hrs itu dihadiri oleh 600 orang kerabat diraja Eropah dan sosialit dari seluruh Atlantik. Princess Madeleine merupakan pewaris tahta ke 4 Sweden dan merupakan puteri bongsu kepada Raja Sweden, His Majesty King Carl XVI dan Her Majesty Queen Silvia. Sebelum bertunang dengan Chris O'Neil, beliau telah putus tunang dengan kekasihnya pada tahun 2010 kerana lelaki berkenaan didapat curang kepada beliau. Selepas berkahwin, beliau dan pasangannya akan menetap di Amerika Syarikat dan beliau akan terus bekerja di World Childhood Foundation iaitu sebuah yayasan kebajikan kanak-kanak yang diasaskan oleh bondanya, HM Queen Silvia.
Pakaian pengantin Princess Madeleine direka khas oleh seorang pereka Itali, Valentino Garvani manakala tiara yang digunakan adalah koleksi peribadi beliau yang dihiasi dengan motif bunga orange. Bunga tangan yang digunakan adalah hasil kreatif dari Court Florist Carlsson. Sila click link berikut untuk detail berhubung busana Princess Medeline The Bride.
Entry Syah terdahulu berhubung pasangan ini Bakal Suami Princess Madeleine
Entry Syah terdahulu berhubung pasangan ini Bakal Suami Princess Madeleine
Sumber :- Kosmo / MBS / Swedish Royal Court / Royaltynu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.