Malam tadi Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenaan menghadiri Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56. Majlis yang diadakan di Dewan Komplek Balai Islam Darulnaim, Lundang di Kota Baharu Kelantan ini turut dihadiri oleh Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail ; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
Al-Sultan Kelantan juga telah berkenan menyampaikah hadiah kepada para pemenang Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56. Johan Tilawah al-Quraan bagi tahun ini menerima sebuah kereta Proton Preve, wang tunai RM15,000.00, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan. Naib Johan pula menerima wang tunai RM10,000.00, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM7,000.00, cenderamata dan sijil penyertaan.
Qari dari Perak, Anuar Hasin dan Qariah dari Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56. Mereka akan mewakili negara pada Tilawah al-Quraan Peringkat Antarabangsa yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 29 Jun hingga 06 Julai 2013 nanti. Naib Johon pula disandang oleh Amirahman Abas dari Negeri Sembilan dan Nor Azrah Ayub dari Johor manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamad Hafas Ali dari Terengganu dan Marizan Mohd Deli dari Kedah. Negeri Perak telah diumumkan Johan keseluruhan dengan markah 87.17 peratus.
Sumber :- Kosmo / Bernama / Berita Harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.