Sunday, June 2, 2013

60 Tahun Pertabalan Baginda Queen Elizabeth II

02 Jun 2013, Ahad :-

Hari ini genaplah 60 tahun pertabalan Her Majesty Queen Elizabeth II dan sambutan sempena 60 tahun pertabalan baginda akan diadakan pada 04 Jun 2013 di Westminister Abbey. Baginda Queen Elizabeth II dan suami baginda, Duke of Edinburgh serta keluarga diraja lainnya akan menghadiri majlis berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada jam 11:00hrs.  Queen Elizabeth II ditabalkan dengan penuh adat istiadat diraja di Westminister Abbey pada 02 Jun 1953 iaitu selepas hampir lapan bulan baginda menaiki tahta menggantikan ayahanda baginda King George VI. Westminister Abbey merupakan Gereja Pertabalan Raja-Raja Britain semenjak pemerintahan William the Conqueror pada 1066.  Sehingga kini sebanyak 38 istiadat pertabalan telah disempurnakan di Westminister Abbey manakala Coronation Chair atau Kerusi Pertabalan yang digunakan dalam istiadat ini digunakan buat pertama kalinya oleh Edward I yang memerintah pada 1272 hingga 1307.  Semenjak abad ke-14 kebanyakan raja-raja Britain dimahkotakan diatas kerusi ini kecuali Edward V dan Edward VIII yang tidak pernah di mahkotakan dan Mary II yang dimahkotakan diatas kerusi replika (sekarang berada di Muzium Abbey) sebagai "joint monarch" (kedua-duanya menjadi Raja) bersama-sama suami baginda, William III.  Sebelum istiadat pertabalan baginda Queen Elizabeth pada 1953, Gereja ini telah ditutup selama lima bulan untuk kerja-kerja penyediaan istiadat pertabalan.

Sumber :- British Monarhcy / Royaltynu

3 comments:

  1. Nama yg sebenarnya bukan pertabalan kerana baginda dipakaikan dengan mahkota kerajaan.

    Terma yang paling tepat adalah permahkotaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.