Monday, May 6, 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Malaysia

06 Mei 2013, Isnin :-

Hari ini jam 16:07hrs, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Barisan Nasional kekal berkuasa setelah memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.  Istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Negara ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon, Datin Seri Rosmah Mansor, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi, bonda Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Hajah Rahah Noah dan keluarga serta para pemimpin komponen Barisan Nasional.

Istiadat dimulai dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak melafaz angkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya menandatangani Surat Cara Perlantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Tuanku Abdul Halim telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. Istiadat hari ini agak unik kerana Perdana Menteri mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong yang sama seperti Ayahandanya Tun Abdul Razak Husin ketika mengangkat sumpah dihadapan Tuanku Abdul Halim sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua pada tahun 1970. 

Sumber :- Bernama

1 comment:

  1. Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

    Contohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

    Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

    Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.