20 Mei 2013, Isnin :-
Chris O'Neill yang merupakan tunang kepada Her Royal Highness Princess Madeleine of Sweden telah memilih untuk kekal sebagai warga negara Amerika Syarikat berikutan perkahwinannya dengan pewaris tahta keempat Sweden berkenaan. Satu kenyataan telah dikeluarkan dalam portal perkahwinan mereka menyatakan bahawa Chris telah menolak untuk menjadi warga negara Sweden dan beliau tidak akan dikurniakan sebarang gelaran diraja dalam keluarga diraja Sweden. Apabila berkahwin nanti beliau tidak dibenar menggunakan gelaran yang sepatutnya digunakan oleh suami kepada Princess Madeleine iaitu Prince of Sweden, Duke of Gastrikland and Halsingland. His Excellency Svante Lindqvist, Marshall of the Realm of Sweden Sveriges riksmarskalkn dalam kenyataannya pada 17 Mei lepas memaklukan "Mr. Christopher O'Neill has respectfully asked to remain a private citizen and not be granted royal status".
Princess Madeleine diputerikan pada 10 Jun 1982 di Istana Drottningholm dan diberi nama Madeleine Therese Ameline Josephine. Beliau merupakan puteri bongsu kepada Raja Sweden, His Majesty King Carl XVI dan Her Majesty Queen Silvia. Princess Madeleine bertugas di New York, Amerika Syarikat sebagai pengurus projek World Childhood Foundation manakala Chris merupakan Ketua Penyelidik di syarikat pelaburan Noster Capital.
Sumber :- Hello Daily News
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.