18 April 2013, Khamis :-
Pagi tadi Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan mewakili Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji. Replika cek berjumlah RM3,300,636.83 diserahkan oleh Abdul Halim Md. Jamil yang merupakan Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran Tabung Haji kepada Tuanku Mizan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pengagihan zakat ini merupakan sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatan yang dicatatkan oleh Tabung Haji untuk tahun kewangan 2012. Turut serta dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.