16 April 2013, Selasa :-
Petang semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke Republik Filipina untuk lawatan rasmi negara pada 15 hingga 16 April 2013. Sebelum berangkat meninggalkan Istana Nurul Iman, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Turut mengucapkan selamat jalan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei di Hanger Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran 'Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Pengiran-pengiran Cheteria, Speaker Majlis Mesyuarat Negara, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam.
Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan rombongan di Terminal 11, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino disambut oleh Celia Ann Feria, Chief of Presidential Protocol dan kemudiannya diperkenalkan kepada Timbalan Presiden Filipina , H.E Jejomar C. Binay dan Setiausaha Department of Foreign Affairs, Albert F. Del. Rosaria. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei kemudiannya berkenan berangkat melakukan pemeriksaan barisan Static Guard. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei kemudiannya berangkat ketempat persemayaman baginda di Hotel Makati Shangri La. Dihotel berkenaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei disambut oleh Andrew Den Oudsten, Pemangku Pengurus Umum hotel berkenaan sebelum beramah mesera dengan rakyat dan pelajar Brunei yang berada di Filipina yang turut menyambut keberangkatan tiba baginda.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.