10 April 2013, Rabu :-
Inilah gambar terbaru Her Royal Highness Princess William, Duchess of Cambridge, Countess of Stratheam, Baroness Carrickfergus atau lebih dikenali dengan panggilan Duchess of Cambridge atau Kate Middleton. Kate dijangka akan melahirkan bayinya pada Julai 2013 ini dan tidak kira apakah jantina bayi Sulong ini ianya akan akan menjadi pewaris tahta mengikut undang-undang baru yang telah digubal semula oleh Parlimen British. Kate dilahirkan pada 09 Januari 1982 di Royal Berkshire Hospital. Beliau merupakan bakal Permaisuri dari rakyat biasa dan bukannya dari golongan aristokrat mahupun keluarga diraja. Kate mula berkenalan dengan Prince William pada 2001 sewaktu mereka belajar di University of St.Andrew dan mula dilihat keluar bersama pada 2002 walaupun hubungan mereka menjadi tandatanya kepada semua. Pada 2007 heboh diperkatakan pasangan ini telah berpisah dan Istana St James dalam kenyataanya berhubung isu ini memaklumkan bahawa mereka tidak akan membuat sebarang komen berhubung kehidupan peribadi Prince William.
Pada 2010 pasangan ini telah bertunang sewaktu mereka berada di Kenya untuk lawatan 10 hari ke Lewa Wildlife Conservancy untuk meraikan kejayaan Prince William yang telah lulus ujian Latihan RAF helicopter search and rescue. Clarence House yang merupakan kediaman rasmi Prince of Wales mengumumkan pertunangan pasangan ini pada 16 November 2010. Pertunangan ini telah mendapat restu daripada Baginda Queen Elizabeth II. Prince William telah memberikan cincin mendiang bondanya, Princess Diana sebagai cincin pertunangan kepada Kate Middleton. Pasangan ini kemudiannya berkahwin di Westminister Abbey, London pada 29 April 2011 dengan dihadiri oleh ketua-ketua negara, raja-raja, kerabat diraja dan tetamu jemputan khas dari seluruh dunia dan majlis di Westminester Abbey ini juga disaksikan oleh berjuta-juta penonton seluruh dunia melalui siaran secara langsung. Sebelum istiadat perkahwinan berlangsung, Baginda Queen Elizabeth II telah berkenan menganugerahkan gelaran Duke of Cambridge kepada Prince William dan seterusnya Dutchess of Cambridge kepada Kate Middleton.
Pada 03 Disember 2012, Istana St.James mengumumkan berita berhubung kehamilan pertama Kate Middleton dan dalam masa yang sama beliau telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII kerana mengalami Hyperemesis Gravidarun atau alahan serious yang jarang berlaku pada ibu mengandung dimana beliau mengalami muntah-muntah yang berterusan dan tidak dapat dikawal. Keadaan ini akan mengakibatkan kehilangan air dalam badan yang membawa kepada kekeringan (dehydrated) yang teruk dan boleh mengikabatkan penurunan berat badan. Alahan ini biasanya dihidapi oleh tiga daripada setiap 1000 orang yang mengandung dan sering dikaitkan dengan kehamilan bayi perempuan. Kate Middleton dibenarkan pulang pada 06 Disember 2013 dan berehat dikediamannya di Istana Kensington.
Terdapat insiden yang tidak diingini berlaku sewaktu Kate Middleton dimasukkan ke hospital yang menjadi pilihan utama kerabat diraja dan golongan atasan Britain ini.
- Pada awal pagi Selasa (04.12.2012) Dua orang DJ, Mel Greig dan Michael Christian dari Sydney's 2Day FM Station telah membuat panggilan palsu ke hospital dengan menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles untuk mencungkil rahsia mengenai tahap kesihatan Kate. Jacintha Saldana (berketurunan India) adalah jururawat yang bertanggungawab menerima panggilan tersebut dan menyambungkannya kepada jururawat yang bertugas di wad Kate ditempatkan. Status tahap kesihatan Kate telah dimaklumkan kepada dua DJ yang menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles.
- Sydney's 2Day FM Station telah memuat naik klip perbualan telefon berkenaan dalam laman web mereka dan dua DJ berkenaan begitu bangga dengan hasil kerja mereka yang dianggap berjaya sebelum orang lain mengatahui perkembangan kesihatan Kate.
- Panggilan palsu ini telah memalukan pihak Hospital King George VII dan juga Kerabat Diraja Britain. Pihak hospital telah dapat diperbodohkan sehingga status kesihatan pesakitnya yang dianggap sulit itu boleh dimaklumkan kepada orang yang tidak berkenaan. Hospital ini merupakan sebuah hospital yang berprestij dan menjadi pilihan utama kerabat Diraja Britain untuk mendapatkan rawatan perubatan semenjak dari dahulu lagi. Baginda Queen Elizabeth II sendiri merupakan penaung kepada hospital ini.
- Pada 07.12.2012 (Jumaat) Kota London digemparkan dengan berita kematian Jacintha Saldanha. Mendiang dijumpai tidak sedarkan diri di kuarters Hospital King Edward VII dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia kerana membunuh diri.
Syah berharap agar Duchess of Cambridge dan kandungannya berada dalam keadaan baik dan sempurna serta selamat dilahirkan pada Julai nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.