28 April 2013, Ahad :-
Shukur Alhamdulillah dan Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kekanda Syah, Suria kerana telah menghadiahkan Syah Buku Istana Negara "Lambang Kedaulatan dan Keagungan Raja-Raja Melayu" sempena ulang tahun keputeraan Syah. Beliau telah bank-in sebanyak RM400.00 kedalam akaun Syah untuk Syah beli buku ini sebagai hadiah hari keputeraan Syah tahun ini. Kebetulan petang semalam Syah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Putra World Trade Center atau PWTC. Tiba-tiba Syah terjumpa buku ini di booth GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berhampiran pintu masuk utama.
Syah tahu harga buku ini RM350.00 sebab Syah hendak membuat tempahan kepada urusetia penerbitan buku ini di Jalan Duta. Nasib baik Syah tak beli lagi kerana GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd bagi offer 10% dan Syah dapat buku ini dengan harga RM315.00 sahaja. Itulah rezeki namanya kerana urusetia penerbitan buku berkenaanpun tidak boleh memberikan diskaun bila Syah tanya berhubung perkara ini. Di booth lain ada juga Syah nampak buku ini dijual tetapi mereka tidak memberi sebarang diskaun. Pesta buku ini bermula 26 April lepas dan akan berakhir pada 05 Mei 2013 dan jika anda ingin memiliki buku ini dengan harga diskaun bolehlah datang ke booth GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd. Jangan lepaskan peluang keemasan seperti ini kerana memang susah hendak mendapatkan diskaun bagi buku-buku "cofee table" yang baru dipasarkan seperti ini walaupun dari penerbit atau pengedarnya kecuali jika kita membeli dengan kuantiti yang banyak.
Very good article. I absolutely love this website.
ReplyDeleteStick with it!
Also visit my website More inspiring ideas