29 April 2013, Isnin :-
Tanggal 30 April ini akan mengubah cara hidup Crown Prince Willem-Alexander, Prince of Orange daripada seorang Putera Mahkota kepada Raja Belanda yang mana akan berlaku perubahan besar dalam kehidupan seharian baginda sebagai Ketua Negara. Esok baginda akan diistiharkan sebagai Raja Belanda menggantikan bonda Baginda Her Majesty Queen Beatrix of the Netherlands yang akan turun tahta bagi memberi laluan kepada Crown Prince Willem sebagai Raja yang baru.
Baginda yang baru sahaja menyambut hari keputeraannya yang ke 46 tahun pada 27 April lepas akan mencipta sejarah sebagai Raja Belanda lelaki yang ditabalkan buat pertama kalinya semenjak 1890 kerana Raja Belanda sebelum ini adalah Perempuan. Selepas ini Queen Day yang merupakan sambutan Hari Keputeraan baginda Queen selepas ini akan dikenali sebagai King Days akan disambut setiap tahun pada 27 April. Walau bagaimanapun selepas ini pewaris tahta akan kembali semula kepada perempuan apabila anakanda sulung baginda, Princess Amalia bergelar Princess of Orange. Buat masa ini baginda dikurniakan dengan tiga orang puteri, Princess Amalia berusia sembilan tahun, Princess Alexia berusia tujuh tahun dan Princess Ariane berusia lima tahun.
Bagi memberi tumpuan terhadap tugas baru baginda sebagai Raja, baginda juga telah melepaskan beberapa jawatan yang disandang sebelum ini. Baginda juga telah menamatkan keahlian baginda dalam International Olympic Committee dan sebagai Pengerusi United Nations board on water and sanitation. Apabila turun dari tahta, baginda Queen Beatrix akan bersemayam di Drakensteyn Castle di Large Vuursche.

Sumber :- Hello Daily News
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.