12 Mac 2013, Selasa :-
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ............. Inilah dia Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang merupakan Wira Muda Negara kita yang telah gugur dalam Operasi Daulat pagi tadi dalam pertempuran selama lima jam dengan Pengganas "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" di Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah. Pasukan keselamatan kita mendapati terdapat Pengganas dikawasan berkenaan pada jam 07:45hrs dan telah dapat menjejak mereka pada jam 10:45hrs dan berlaku pertempuran. Tiga orang Pengganas telah terkorban dalam pertempuran ini. Allahyarham Ahmad Hurairah berusia 24 tahun dan berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anggota Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpengkalan di Kem Kukusan,Tawau, Sabah. Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Kota Baharu, Kelantan jam 04:00hrs pagi esok dan akan disemadikan dikampung halamannya. Gambar kecil diatas pula merupakan bapa kepada Allahyarham , Ismail Hussin (55 tahun) yang menunjukkan SMS terakhir Allahyarham kepada beliau berbunyi:- "Salam abah, ma doa la orng slmt .....era".
Alfatihah :-
Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail. Semuga Roh Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Istana Negara dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah. Seri Paduka Baginda amat berdukacita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Seri Paduka Baginda berharap agar keluarga Allahyarham sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian ini.
Sumber:- Bernama / Azlan Hafiz/ Dunia Lelaki Maskulin
Sumber:- Bernama / Azlan Hafiz/ Dunia Lelaki Maskulin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.