05 Mac 2013, Selasa :-
Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan menerima peruntukan kerajaan persekutuan bagi elaun guru kafa, guru takmir dan imam negeri Selangor bagi tahun 2013. Replika cek berjumlah RM37,387,160.00 telah diserahkan oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebagai wakil kerajaan persekutuan kepada Tuanku Sultan Sharafuddin dalam majlis penyampaian peruntukan kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.