25 Mac 2013, Isnin :-
Semalam Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Perumahan Generasi Kedua Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi Johor. Datuk Idris Harun, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad dalam kenyatannya semalam memaklumkan bahawa bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia generasi kedua kawasan Parlimen Tenggara ini melitupi pembinaan di empat Felada iaitu Felda Sungai Sayong, Felda Bukit Ramun, Felda Bukit Besar dan Felda Pasir Raja. Menurut beliau lagi setakat ini sebanyak 19,899 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dibawah SPNB telah siap dibina diseluruh negara.
Menurut beliau lagi, sebanyak 499 rumah mesra rakyat 1Malaysia generasi kedua Felda akan dibina dibawah SPNB dan melibatkan kos sebanyak RM25 juta dengan setiap unit rumah berharga RM65,000.00. Bagi Felda Sungai Sayong sahaja sebanyak 40 rumah telah berjaya disiapkan manakala 139 lagi sedang dalam pembinaan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM2.6juta untuk kemudahan air dan kementerian terlibat yang telah memberi infrastruktur seperti jalan raya yang akan menjadi kemudahan buat generasi kedua Felda. Kata belia lagi "INILAH JANJI KERAJAAN, JANJI DITEPATI"
Sumber :- Bernama / Sinar / Kesultanan Johor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.