27 Mac 2013, Rabu :-
Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang kini berada di New Zealand untuk lawatan rasmi negara telah diraikan dalam satu Majlis Santapan Negara yang diadakan di Government House, Wellington. Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei disambut oleh Gabenor Jeneral New Zealand, Leftenan Jeneral The Right Honorable Sir Jerry Mateparae dan isteri Lady Janine Mateparae.
Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Pendidikan, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng ; Grand Chamberlain, YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar ; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap ke New Zealand, Datin Paduka Tan Bee Yong dan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.
Hubungan New Zealand dan Brunei bermula semenjak 29 tahun yang lalu dan telah menjalankan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pertahanan.
Sumber :- Pelita Brunei
Sumber :- Pelita Brunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.