31 Mac 2013, Ahad :-
Tahukah anda bahawa pada penghujung tahun 1892, Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sultan Johor pertama era moden berasa amat dukacita kerana cucunda sulung bakal pewaris tahta yang dinanti-nantikan kelahirannya selama ini telah mangkat tidak berapa lama selepas diputerakan. Walau bagaimanapun kedukaan baginda terubat apabila menantu baginda Ungku Maimunah iaitu isteri kepada Tunku Ibrahim melahirkan seorang putera pada 08 Mei 1894 dan diberi nama Tunku Ismail yang menjadi bakal pewaris tahta dan kemudiannya bergelar Sultan Ismail. Sultan Abu Bakar sempat bersama cucunda baginda selama sembilan bulan sahaja kerana pada Mac 1895 baginda telah gering (sakit) dan belayar ke England untuk mendapatkan rawatan perubatan dan mangkat di England pada 04 Jun 1895.
Al-Fatihah ........... Semuga Roh Almarhum Sultan Abu Bakar dan Almarhum Sultan Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Kesultanan Johor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.