Malam tadi Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan menerima mengadap Lee Yong-Joon, Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia. Turut serta dalam majlis mengadap yang diadakan di Istana Arau, Perlis adalah Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ; Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.