6 Mac 2013, Selasa :-
Hari ini Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah
berkenan menghadiri Upacara Istiadat Perlantikan Anggota Majlis Mesyuarat
Kerajaan (EXCO) Negeri Perlis di Istana Arau, Perlis. Kesemua tujuh EXCO yang dilantik pada hari
ini adalah EXCO yang lama dan mengekalkan portfolio masing-masing. Salah
seorang daripadanya adalah adinda kepada Tuanku Syed Sirajuddin sendiri yang juga
merupakan Anggota Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Yang Berhormat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail. Kelihatan
YBM Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail sedang mengangkat sumpah
sebagai Anggota EXCO di majlis berkenaan.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.