13 Mac 2013, Rabu :-
Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-18 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman 2012 yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Turut serta mengiringi DYMM Pemangku Raja Perak adalah Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Tan Sri Abdul Gani Patail. Dalam majlis konvokesyen ini juga Raja Nazrin Shah telah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tun Hamid Omar kepada Ng Kar Kay (perempuan).
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.