20 Mac 2013, Rabu :-
Terjumpa gambar diatas didalam facebook Syah dengan tajuk PM Masuk Istana Negara. Mengikut keterangan pada gambar ini dikatakan kenderaan rasmi Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara pagi ini seawal jam 07:55hrs. Ada yang beranggapan Parlimen akan dibubarkan, walau bagaimanapun Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Negara hari ini adalah untuk menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang oleh KDYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong.
Mengenai isu pembubaran Parlimen pula, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam kenyataannya hari ini memaklumkan "Orang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian, jika diangkat di dalam blog contohnya boleh menggangu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini." Tambah beliau lagi "jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sediada".
Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan dengan hukuman denda RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Istana Negara.
Sumber :- Bernama/ Facebook

Ini adalah khabar angin, harap-haraplah PRU 13 akan datang bila2 masa.
ReplyDelete