03 Mac 2013, Ahad :-
Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Perlis untuk lawatan sehari telah mengadap Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail untuk memaklumkan perkembangan isu-isu semasa kepada Tuanku Syed Sirajuddin. Majlis mengadap diadakan di Istana Arau, Arau, Perlis. Turut serta dalam majlis ini adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ; Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ; Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ; Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ; Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.