24 Mac 2013, Ahad :-
Petang semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap sembilan ketua Delegasi dari negara anggota ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) kali Ke-9 yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Turut serta mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei adalah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ; Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh ; Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman serta Setiausaha-Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sumber :- Pelitabrunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.