Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj menyerahkan watikah perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor kepada Tan Sri Ibrahim Lembut.
21 Februari 2013, Khamis:-
Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli menghadiri istiadat pergurniaan watikah perlantikan bagi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bertempat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor. Diantara yang menerima watikah perlantikan hari ini adalah :-
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah :-
- Dr. Mohd Na'im Moktar
- Abu Bakar Mohd Daud
- Mohamad Zakian Dio
Hakim Mahkamah Rendah Syariah :-
- Zainal Abidin Kusmin
- Hafiz Moksin
Mahkamah Rayuan Syariah
- Tan Sri Ibrahim Lembut
- Datuk Md Yusup Che Teh
- Datuk Aidi Moktar
- Datuk Hussin Harun
- Datuk Yusuof Musa
- Datuk Muhammad Ibrahim
- Datuk Mohamad Abdullah
Didalam titah baginda, Tuanku Sultan Sharafuddin berharap agar para Hakim tidak melengahkan kes-kes Mahkamah Syariah tanpa sebarang alasan munasabah kerana terdapat beberapa aduan dan rungutan yang diterima oleh baginda dari rakyat yang menyatakan mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan keputusan berhubung kes mereka. Para hakim juga diingatkan agar menanamkan sikap berperikemanusiaan dalam menangani kes-kes yang dikendalikan.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.