Pernah tak anda semua dengar nama R Azmi iaitu penyanyi Melayu era 50an, 60an dan 70an yang seangkatan dengan Tan Sri P Ramlee dan Tan Sri S M Salim. Diantara lagu yang Syah minat adalah lagu memikat hati yang diantara liriknya berbunyi demikian :-
Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa
Lagu ini ada didendangkan di Radio Klasik Nasional dan bagi anak-anak muda mungkin mereka tidak mengatahuai lagu ini. R Azmi juga pernah berlakon dalam filem seperti "Bapak Saya" dan merupakan penyanyi latar bagi filem-filem keluaran Malay Filem Production. Dalam kerjaya seninya, beliau menggunakan nama R Azmi. Pada 1951 R Azmi mengikat kontrak dengan Shaw Brothers dan merupakan kumpulan pertama artis yang menetap di rumah berek Boon Teck Road. Selain daripada menyanyi dan berlakon, R Azmi juga merupakan penulis lirik lagu.
Diantara lagu-lagu popular R Azmi adalah Memikat Hati, Si Cantik Manis, Hati Rindu, Terimalah Salamku, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Ingin Ku Berjumpa, Helo Helo Sayang, Senyuman Yang Manis, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Renungan Di Senjakala, Hatiku Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Bercerai Kasih, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak Hitam, Rindu Kalbu dan Kalau Sudah Tergoda.
Tahukah anda siapa sebenarnya individu yang bernama R Azmi ini. Nama sebenar R Azmi adalah Raja Azmi bin Raja Ambiah. Beliau dilahirkan dalam keluarga diraja Perak di Bandar Diraja Kuala Kangsar dalam tahun 1923. Beliau dikatakan telah disisihkan oleh kerabat diraja kerana ingin bergiat dalam bidang seni. Pada ketika itu kerjaya anak seni bukanlah dianggap mulia oleh masyarakat seperti sekarang ini. Selepas disisihkan oleh keluarga, beliau telah ke Singapura dan diterima bekerja di Malay Filem Production di Jalan Ampas. Beliau dikatakan pernah mengayuh basikal dari Kelang hingga ke Melaka hanya untuk menyanyi.
R Azmi amat popular ketika itu tetapi kerjaya seninya mula merosot dalam era 1960an sehingga beliau terpaksa menyanyi dalam persembahan di fun fair untuk menyara kehidupnya. R Azmi tidak pernah berkahwin dan dikatakan pernah bercinta dengan "anak raja" tetapi cintanya tak kesampaian. Kerjaya seni R Azmi tidak membolehkan beliau mengumpul harta dan sebab itulah agaknya keluarga beliau menghalangnya bergiat dalam bidang seni pada peringkat awal lagi.
Dengan keadaan hidupnyanya yang sebatang kara, tiada anak, tiada isteri, tiada harta dan disisihkan oleh keluarga, beliau terpaksa menumpang hidup dengan orang lain dan akhirnya pada 28 Februari 1974 R Azmi menghembuskan nafas terakhir kerana sakit lelah(asma) dalam usia 51 tahun. R Azmi mangkat di rumah seorang Guru Besar di Kelang, Selangor. Mangkat disisi beberapa orang peminatnya bukannya keluarga sendiri. Keperitan hidup R Azmi sebagai anak seni dapat kita perhatikan dari lirik lagu "Nasib Penyanyi" yang digubah dan dinyanyikan sendiri oleh R Azmi seperti berikut :-
Beginilah nasib
Menjadi seorang penyanyi
Di bawa orang ke sana ke mari
Menjual suara hai denganlah menyanyi
Buat menghibur hati yang sunyi
Menjadi penyanyi bukannya mudah
Mengikut lagu irama jiwa
Ada yang memuji ada yang mengeji
Beginilah nasib menjadi penyanyi
Mungkin ada orang berkata jika dilahirkan sebagai kerabat diraja tentu hidup bahagia, kaya raya dan dapat apa sahaja yang dikehandaki. Tetapi anda silap, kerabat diraja juga manusia biasa ciptaan Allah dan melalui pelbagai dugaan dalam hidup ini sama seperti kehidupan rakyat biasa. Bukan sahaja kerabat Diraja malah ada juga bekas Sultan yang hidup melarat sehingga menjadi pemandu kereta sewa dari Terengganu ke Singapura untuk menyara hidup. Jika berminat sila baca Entry Syah seperti berikut :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2009/12/tengku-ali-pernah-tak-anda-semua-kenal.html
http://tengkusyah.blogspot.com/2011/09/secara-ringkas-mengenai-tengku-abdul.html
Al-Fatihah ............ kepada Allahyarham Raja Azmi bin Raja Ambiah, Semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Wikipedia / Radio Nasional Klasik /Muor76 / Filem Klasik Melayu

salam ...semua cerita ada salah belaka..RR Azmi sebenar nya asal dari linggi..kubur ayah nya...ada di seremban..apa yg merepek ni..nama dia sebemar..Haji Ahmad bin Haji Jalaludin..dnt ssay benda2 yang bukan2...
ReplyDeleteEntah btl entah tak crta ni..bodoh!
ReplyDelete