Prince Norodom Sihamoni sedang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ayahanda baginda sebelum menyalakan api unggun untuk membakar mayat mendiang.
04 Februari 2013, Isnin :-
Upacara Pengkebumian Diraja Bekas Raja Kambodia Mendiang Putera Norodom Sihanouk berjalan lancar senja tadi sekitar jam enam petang dengan disaksikan para jemputan terdiri daripada ketua negara asing atau wakil mereka disamping puluhan ribu rakyat Kemboja yang meratapi pemergian bekas Raja yang amat mereka hormati dan kasihi. Sebelum upacara pembakaran bermula, pada sebelah tengaharinya seramai 400 orang bantuan telah diberi pengampunan dihadapan tempat pembakaran dan diberi hadiah oleh kerabat diraja manakala para kerabat diraja dan tetamu negara memasuki tempat pembakaran untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Para perwakilan asing yang menghadiri majlis pembakaran mayat Mendiang Putera Norodom Sihanouk.
Para perwakilan asing yang menghadiri majlis pembakaran mayat Mendiang Putera Norodom Sihanouk.
Dalam masa tempoh dua hari ini Raja Norodom Sihamoni dan Bonda Raja akan mengadakan upacara khas untuk menaburkan sebahagian abu mayat mendiang Putera Norodom Sihanouk kedalam Sungai Mekong menggunkan tongkang diraja. Manakala sebahagian lagi abu mayat berkenaan akan diletakkan dalam tempat abu mayat khas yang diperbuat daripada berlian dan akan diarak oleh Raja Norodom Sihamoni dan Bonda Raja dari tempat pembakaran ke Istana Diraja dimana iannya akan ditempatkan bersama-sama abu mayat kerabat diraja lainnya.
Kelihatan kepulan asap diudara semasa majlis pembakaran mayat Mendiang Putera Sihanouk senja tadi.
Menurut salah seorang anakanda mendiang iaitu Putera Norodom Ranariddh, mendiang Putera Norodom Sihanouk pernah berpesan agar apabila baginda mangkat nanti, baginda tidak mahu mayatnya diletakkan didalam kendi seperti raja-raja sebelumnya. Baginda mahu memecah tradisi kono berkenan dan mahukan mayatnya diletakkan dalam keranda sehingga upacara pembakaran. Wasiat terakhir mendiang telah dipenuhi.
Takziah diucapkan kepada Raja Norodom Sihamoni, Bonda Raja Permaisuri Norodom Monineath serta Kerabat Diraja Kambodia diatas pemergian Mendiang Putera Norodom Sihanouk.

Sumber :- The Phnom Penh Post/Kosmo /MBS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.