18 Februari 2013, Isnin :-
7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin telah dibuat semasa kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 seperti berikut :-
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
7 perkara itu adalah :-
Pertama :-
- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kedua :-
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain ;
Ketiga :-
- Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar negara ;
Keempat :-
- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini ;
Kelima :-
- Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan ;
Keenam :-
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU ; dan
Ketujuh :-
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTEMEWA ORANG-ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istemewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
Sumber :- Jabatan Penerangan Malaysia / Istana Negara Lama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.