11.01.2012, Jumaat - Menjunjung Kasih Sembah Ucap Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir kerana telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh University of Glamorgan, Wales, United Kingdom pada hari ini. Ijazah kehormat ini dianugerahkan kepada tokoh-tokoh terkemuka dunia sahaja. Ianya disembahkan kepada Tuanku Muhriz oleh Naib Canselor universiti berkenaan, Prof Julie Lydon sebagai menghargai pencapaian, kewarganegaraan dan hubungan yang terjalin diantara Tuanku Muhriz dan University of Glamorgan. Tuanku Muhriz yang juga merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, menerima Ijazah Kehormat ini dalam majlis yang diadakan di UKM, Bangi, Selangor yang turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Pada tahun 1967 Tuanku Muhriz mengikuti pengajian dalam jurusan undang-undang di University College Aberystwyth dan baginda terkenal sebagai seorang mahasiswa yang berkebolehan tinggi, matang dan popular di university berkenaan. Dalam masa yang sama, Prof John Andrews yang merupakan pengerusi University of Glamorgan merupakan seorang professor undang-undang di University College Aberystwyth semasa Tuanku menuntut disana. Hubungan baik diantara Tuanku Muhriz dan Prof John bermula dari sini. Apabila kembali ke tanah air, baginda menyandang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan kewangan antarabangsa dan pengiklanan serta terlibat secara aktif dalam kerja amal melalui Kelab Rotary Kuala Lumpur.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.