24 Januari 2012, Khamis :-
Hari ini Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Seremban. Turut mengiringi baginda berdua adalah Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Mohamad Hassan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Kelihatan baginda berdua menyertai perarakan mengelilingi Bandar Seremban sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pagi tadi.
Dalam program ini seramai 20,000 orang telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 82 kontijen yang mewakali pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan sekolah. Dalam tihat baginda, Tuanku Muhriz memaklumkan bahawa bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu "Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah" baginda berkeyakinan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan umat Islam boleh dicapai melalui penghayatan ke atas perinsip wasatiyyah yang terkandung didalam ajaran Islam yang suci.
Sumber :- Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.