Pernah satu ketika pada zaman pemerintahan Jepun yang terkenal dengan sikap suka menyiksa dan menganaya rakyat tempatan, baginda sempat menyakat salah seorang sepupu perempuan baginda. Pada suatu hari baginda berlakon sebagai askar Jepun dengan suara yang begitu garang dan bengis mengetuk pintu rumah sepupu baginda dengan kuat. "Buka pintu!, Buka pintu! Jepun datang" Ucap baginda beberapa kali. Dalam keadaan ketakutan dan terketar-ketar sepupu baginda tu terpaksa membuka pintu dan rupa-rupanya "Ku Cik" yang berada dihadapan pintu itu.
Pada Zaman Jepun baginda pernah dimasukkan dalam tahanan oleh pihak Jepun kerana pada ketika itu baginda bekerja sebagai penjaga stor dan nak dijadikan cerita, barang-barang yang dijaga oleh baginda telah dicuri orang. Ikhtibar dari peristiwa ini menyebabkan baginda mempelajari betapa pentingnya tanggungjawab dan amanah yang harus dijaga dalam menjalankan sesuatu tugas. Pada musim buah-buahan pula, kebiasaannya selepas mengulangkaji pelajaran, baginda akan mengajak kawan-kawan rapat baginda yang tinggal di asrama untuk mengutip dan makan buah-buahan dikebun keluarga baginda seperti rambutan, manggis atau langsat.
Itulah serba sedikit mengenai kisah kehidupan Tuanku Azlan sewaktu kecil yang Syah hendak share dengan anda semua.
Sumber :- Koleksi Peribadi Maharum Bugis Syah / Biografi Bergambar DYMM Sultan Azlan Shah
Sumber :- Koleksi Peribadi Maharum Bugis Syah / Biografi Bergambar DYMM Sultan Azlan Shah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.