12.12.2012, Selasa - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah telah berkenan menghadiri Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kelihatan Tuanku Ahmad Shah sedang melihat model hospital yang akan dibina awal tahun depan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Hospital ini akan dibina dan diuruskan oleh Penisular Medical Sdn Bhd (PMSB) melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta. Hospital ini bernilai RM412.6 juta dan dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2015. PMSB telah diberi konsesi pembinaan dan pengurusan hospital ini untuk tempoh 25 tahun. Majlis menandatangani perjanjian konsesi Hospital Pengajar UIAM telah diadakan pada 26 September lepas diantara UIAM dan PMSB di Hotel Merriott, Putrajaya.
Hospital ini akan menempatkan 300 katil dengan memberi ruang pengajaran kepada 735 mahasiswa. Dengan terbinanya hospital ini, bukan sahaja memberi kemudahan pembelajaran kepada para pelajar perubatan UIAM tetapi juga akan memberi manfaat kepada penduduk Kuantan khasnya dan Pahang Amnya untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang moden dan terkini pada kos yang mampu dibiayai oleh semua peringkat masyarakat.
Sumber:- Bernama/Utusan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.