26.12.2012, Rabu - Salam semua dan apa khabar anda hari nie, dah lunch ke belum. Apa menu tengahari nie? Syah tak lunch kerana hendak dinner malam nanti. Bukan dinner kat hotel ke amendanya ....... dinner kat rumah, sebab hari tu beli sayur dan tak usik lagi. Lagipun Syah breakfast dengan cereal campur kismis dan badam agak lewat sedikit hari nie dan still rasa kenyang cuma meratah badam jer sambil buat entry nie. Kalau Syah lunch biasanya tak dinner cuma ambil biskut atau fruit sahaja tetapi memandangkan ada stock sayuran, Syah nak masak balik nanti, kalau tak alamat busuklah sayur tu, membazir jew kan ..................tak elok kerana membazir tu amalan syaitan, syaitan lah sangat kan? hehehehe.......... Nak masak pagi tadi tak sempat sebab lately Syah tak berapa sihat, sakit biasa tu ler nak buat macam mana kan?. Perjalanan pagi tadi lancar cuma bas sampai awal sangat tetapi sempat naik. Dalam bas Syah tertidur dan tersedar bila sampai KTM Rawang, untung tersedar kalau tak menapaklan jawapnya ke KTM semula dan dalam komuterpun Syah tertidur dengan lenanya. Mungkin Syah tak sihat ditambah pula malam tadi rasa macam nak demam pun ada, tu yang tertidur tu kot? Lagipun foodcourt aras 3 yang selalu Syah beli makanan tu akan ditutup selama 10 minggu mulai hari nie hingga 06 Mac 2013 untuk kerja-kerja pembaikan sistem lapisan kalis air dan lencongan air, katnya ler......?. Alamat penuh sesaklah food court tepi sungai (longkang) kat Menara TM nie sebab aras 3 dah tutup. Ok lah semua hingga berjumpa lagi di lain Entry Byeeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.