15.12.2012, Jumaat - Semalam Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan seperti biasa jika kesana Syah tak akan lupa ziarah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhumah yang bersemadi di makam ini. Shukur Alhamdulillah binaan pusara Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Hamzah Abu Samah telah hampir siap dibina. Struktur binaan telah siap cuma batu nisannya sahaja belum dinaikkan. Syah ambil gambar nie selepas Solat Jumaat dan Syah lihat ada beberapa orang ahli keluarga Allahyarham berada di pusara berkenaan. Mungkin mereka menunggu untuk upacara menaikkan batu nisan agaknya. Syah tak sempat hendak bertanya sebab bergesas hendak pulang kepejabat.
Allahyarham dilahirkan pada 05 Januari 1924 dan meninggal dunia pada 04 September 2012. Kebiasaannya orang Melayu akan memasang tanda seperti nisan/binaan diatas kubur selepas 100 hari jenazah dikebumikan. Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua dalam usia 88 tahun dikediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 15:30hrs 04.09.2012 dan dikebumikan pada keesokan harinya dengan diberi penghormatan negara dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Ini adalah gambar kubur Allahyarham selepas istiadat pengkebumian negara dan Syah tak sempat ziarah jenazah Allahyarham dan menghadiri pengkebumian ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Syah sempat melawat pusara Allahyarham semasa Solat Jumaat dan mengambil gambar ini pada 07.09.2012 iaitu iaitu empat hari selepas Allahyarham dikebumikan. Apabila melawat ke Makam Pahlawan, Syah selalu bertanya kepada pekerja di Makam Pahlawan bila pusara Allahyarham akan dipasang dan mereka tak ada maklumat berhubung perkara ini. Bertuah rasanya dapat melihat pusara ini ketika ianya baru siap dibina.
Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.