09.12.2012, Ahad - Pada hari Jumaat lepas His Royal Highness King Bhumibol Adulyadej telah melawat kuil Wat Anongkharam dan Taman Peringatan Princess Mother yang terletak di daerah Klong San, Bangkok. Lawatan ini sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke-85 tahun pada 05 Disember lepas. Baginda dan rombongan diraja kelihatan meninggalkan tempat persemayaman baginda di Bangunan Chalermphrakiat, Hospital Siriraj sekitar jam 15:00hrs untuk kelokasi berkenaan. Beribu-ribu warga Bangkok berbaris disepanjang jalan dengan berpakaian kuning bagi menyaksikan keberangkatan baginda. Setelah melawat Wat Anongkharam, baginda dan rombongan melawat Taman Peringatan Princess Mother yang terletak Somdet Phraya Road yang terletak bersebelahan dengan Wat berkenaan. Taman Peringatan ini dibuka oleh baginda sendiri pada 1997 dan merupakan tempat bonda baginda, Mendiang HRH Princess Srinagarindra, the Princess Mother dilahir dan dibesarkan. Asalnya kawasan ini dipunyai oleh pasangan Daeng dan Lek Nana dan telah disumbangkan kepada baginda dan kemudiannya baginda menyerahkannya kepada Chaipattana Foundation untuk diuruskan sebagai Taman Peringatan Princess Mother. Bangunan-banguna ditempat ini masih dikekalkan sebagai memento kepada Princess Mother. Kelihatan baginda menikmati keindahan Taman Peringatan Princess Mother bersama anjing kesayangan baginda, Khun Thong Daeng.
Sumber :- The Bangkok Post / Wikipedia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.