08.12.2012, Sabtu - Minggu nie Syah tak kerja pada Sabtu dan Ahad kerana semuanya under control. Shukur Alhamdulillah dapat berehat dirumah. Bila tak kerja aktiviti dirumah Syah macam biasa cuci baju dan jemur, basuh kereta dan cuci depan rumah dan yang paling afdal sekali sapu sampah dan habuk serta mop lantai yang dah lama tak buat sebab Syah kerja on weekend. Sambil berkemas sambil cari passport Syah yang misplaced tu. Tension dah berminggu cari tak jumpa samada di Rawang Residence mahupun di kL Residence Syah. Syah tak ingat letak kat mana tetapi yang Syah ingat Syah letakkan dalam satu kotak/folder dan simpan sambil kata dalam hati kalau letak kat sini sure tak hilang. Malangnya Syah tak ingat kat mana tempatnya Syah letak. Syah memang cepat pelupa. Tadi sempat beberapa kali Syah berdoa agar Allah bantu Syah jumpa passport tu.
Akhirnya Syah ke MBS Mini Royal Library Syah ditingkat atas Rawang Residence dan Syah ambil sebuah beg kertas dan mula selongkar satu persatu. Nampak macam ada file kotak dan Syah buka. Macam ada passport kat dalamnya dan bila Syah tengok passport tu sudah dipotong sedikit means itu passport lama yang sudah expired. Selak lagi ada jumpa passport lagi dan kali nie adalah passport yang Syah cari tu. Terus ala-ala sujud shukur dan ucap terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana makbulkan doa Syah. Terus Syah sms by brother, Muss informed dia passport dah jupa supaya dia tak mencari di KL Residence lagi.
Lepas Asar tadi jam 16:50hrs Syah tunggu bas yang sepatutnya tiba jam 17:00hrs untuk ke Pekan Rawang. Malangnya bas tak muncul-muncul dan tiba satu jam kemudian. Adoiiii ........ sejam menunggu bersama penumpang-penumpang lain tetapi kebanyakan mereka tunggu bawah pokok sebab kat bas stop panas. Cuaca panas hari nie tetapi malam nie hujan sedikit. Sampai pekan Rawang Syah terus ke Giant Hypermarket dan beli tahu, carrot, broccoli, cereal dan susu omega. Sebelum tu Syah ketingkat atas Giant beli tempat alas kaki untuk bilik air bawah Rawang Residence Syah. Malam nie inilah juadah Syah Mee Sup Sayur yang Syah guna mee kering tanpa goreng dan sedikit fruit. Syah masak sebelum solat Insyak dan makan lepas solat. Masa nak habis makan tadi Syah tergigit macam benda keras dan bila Syah tengok macam dawai lembut dan tak tahu dari mana datangnya dan syah buang, mungkin melekat kat sayur kot? Minta-minta tak ada yang tertelan dan rasanya tak. Oklah semua Syah hendak berehat sekejap dan sehingga berjumpa lagi dilain entry ...........
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.